Skip to main content

EVENTS

Seminar Ar-Radha'ah 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak CFiRST akan mengadakan Seminar Ar-Radha’ah dan Pelancaran Hub Ibu Susuan UTM sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 pada tarikh dan waktu yang diperincikan berikut: 
 
Tarikh: 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : SifufBads Academy, Sungai Besi, Kuala Lumpur 
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Saudara, objektif seminar ini adalah untuk: 
a. Memberi informasi bagi kepentingan mencapai status mahram/ibu susuan dalam kalangan ibu bapa angkat. 
b. Memberi pengetahuan berkenaan persiapan kaedah menjayakan penyusuan cetusan dalam kalangan ibu angkat. 
c. Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sistem KongsiSusu.My sebagai medium mencari ibu susuan/anak susuan dan penyimpanan data anak angkat. 
d. Mempromosi, menyokong dan menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan amalan perkongsian susu ibu.
 
Selain itu, acara yang bersejarah yang bakal berlangsung adalah Majlis Peyampaian Anugerah Tokoh Ibu Susuan 2019. Booth jualan barangan ibu dan bayi serta perkhidmatan urutan kesejahteraan daripada MamaCare PLUS turut bakal memeriahkan seminar ini.
 
Berikut ini kami perincikan butiran lain berkaitan kursus: 
 
Yuran : RM30 sahaja untuk individu & RM50 untuk pasangan suami isteri (tempat adalah terhad)
Sijil akan diberikan kepada semua peserta
Mata CPD akan diberikan kepada staf UTM
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, sila berhubung dengan nombor-nombor berikut: 
 
Cik Syakirah: 013-7455667
Cik Attiya : 013-963 3512 
 
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 




Sekian, wassalam

innovative  . entrepreneurial . global